Pertembungan melibatkan skuad Malaysia dan China pada peringkat separuh akhir Piala Thomas 2024 akan dapat disaksikan secara beramai-ramai menerusi tayangan skrin besar seluruh negara.
Ini selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menganjurkan tayangan skrin besar terbabit di 15 lokasi seluruh negara.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menerusi hantaran di pelbagai platform media sosialnya, pagi tadi.
Senarai 15 lokasi terbabit adalah seperti berikut:
- Kuala Lumpur: Dataran Merdeka
- Selangor: SACC Mall, Shah Alam
- Putrajaya: Dataran Putrajaya, Presint 3
- Perlis: Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar
- Kedah: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
- Perak: Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya
- Negeri Sembilan: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
- Melaka: Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh
- Johor: Toppen Shopping Centre, Johor Bahru
- Kelantan: Dataran Kolej Poly-Tech MARA, Kota Bharu
- Terengganu: Ali Spices, Kampung Ladang, K. Terengganu
- Pahang: Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1
- Sarawak: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching
- Sabah: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sabah, Putatan
- Labuan: Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Sukan Labuan
Sebagai rekod ini, ini merupakan julung kalinya Malaysia berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Thomas selepas lapan tahun.
Kemaraan itu dilakar selepas Malaysia merakamkan kemenangan 3-1 ke atas Japun, semalam. Manakala, China pula menempah tiket selepas mengalahkan India 3-1.
Untuk makluman, pertembungan melibatkan Malaysia dan China ini bermula jam 5 petang, 4 Mei (Sabtu), waktu Malaysia.