Penang FC Lancar Jersi Home & Away 2024-25 Dijual RM135 Sehelai
May 4, 2024 Hafizuddin Omar

Pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC tampil memperkenalkan jersi “home” dan “away” terbarunya untuk digunakan sepanjang saingan Liga Malaysia 2024-25.

Pengenalan kedua-dua versi jersi itu dilakukan secara atas talian dengan memuat naik satu video yang berdurasi hampir dua minit di pelbagai platform media sosialnya, semalam.

Jersi “home” bagi skuad berjulukan Harimau Kumbang itu hadir di dalam warna tradisinya iaitu biru cair dan diberikan nama “Panthers Pride”.

Sementara itu, ersi “away” pula hadir dalam warna kuning cair – berbeza dengan musim lalu yang menggunakan warna kuning – dan diberikan nama “Yellow Lightning”.

Berdasarkan grafik-grafik yang dikongsikan, PENANG 2023 masih menghiasi bahagian hadapan kedua-dua jersi tersebut – sama seperti musim lalu – selain perletakan logo kelab serta Kaki Jersi (pembuat kit) pada bahagian kiri dan kanan dada pemakai masing-masing.

Dibahagian atas kedua-dua logo tersebut, disematkan juga frasa “LOVE PENANG” dan bendera negeri Pulau Pinang.

Dimaklumkan, kedua-dua jersi ini dijual pada harga RM135 sehelai dan para peminat boleh mendapatkannya di Tapak Pesta, Stadium Bandaraya pada 4hb dan 5hb Mei.

Selain itu, ianya turut dijual di Mydin Mall Bukit Mertajam pada 5hb April bersempena dengan Majlis Pelancaran Jersi Penang FC 2024-25.

Featured Image: Penang Football Club

Komen