Selama lebih dua dekad nama kelab bola sepak Ipswich Town tidak menghiasi carta Liga Perdana Inggeris (EPL). Namun ianya bakal berubah pada musim hadapan apabila kelab berjulukan The Tractor Boys terbabit meraih promosi automatik ke kancah tertinggi bola sepak England selepas muncul naib juara Liga Kejuaraan 2023-24.
Ipswich Town kendalian pengurus kelahiran London, England yang berusia 37 tahun iaitu Kieran McKenna merangkul gelaran naib juara selepas menumpaskan Huddersfield 2-0 pada Sabtu lalu di lamannya sendiri, Portman Road.
Kemenangan pada hari perlawanan akhir liga tercetus itu hasil jaringan oleh Wes Burns dan Omar Hutchinson pada minit ke-27 dan ke-48 masing-masing yang membolehkan mereka mengumpul 96 mata daripada 46 perlawanan musim ini.

Sebagai rekod, kali terakhir Ipswich Town beraksi dalam saingan EPL adalah pada musim 2001-02.
Sebelum ini, Ipswich Town pernah beraksi dua kali dalam kancah EPL iaitu dari tahun 1992 hingga 1995 dan 2000 hingga 2022.
Sementara itu, Ipswich Town menjadi kelab kedua yang melayakkkan diri ke saingan EPL pada musim hadapan selepas Leicester City yang berjaya merangkul gelaran juara bagi Liga Kejuaraan 2023-24.
Satu lagi slot ke saingan EPL akan direbut oleh pasukan yang menamatkan saingan Liga Kejuaraan 2023-24 di tempat ke ketiga hingga keenam iaitu Leeds United, Southampton, West Brom dan Norwich City menerusi perlawanan “play-off”.
Featured Image: Ipswich Town