Oscar Gonzalez Pengarah Teknikal NFDP & AMD Baharu
Hafiz Omar
Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan kini mempunyai Pengarah Teknikal yang baharu iaitu Oscar Francisco.
Perlantikan Oscar yang merupakan bekas Ketua Pendidikan Kejurulatihan Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) diumumkan oleh Jawatankuasa Pemandu NFDP pada hari ini selepas berkuatkuasa 21 April 2024 lalu.
Pemilihan Oscar yang juga diberikan tanggungjawab selaku Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

Untuk pengetahuan semua, Oscar merupakan pemegang Diploma Kejurulatihan Pro Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selain memiliki pengalaman lebih dua dekad mengendalikan program pembangunan bola sepak belia elit di New South Wales.
Selain itu, Oscar juga pernah menabur bakti di beberapa entiti seperti Nantong Zhiyun FC di China, Football New South Wales (Football NSW), Westfield Sports dan Central Coast Mariners yang beraksi dalam saingan A-League.
Menurut siaran media oleh Majls Sukan Negara (MSN), Oscar dipilih hasil cadangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah menemuduga empat calon yang disenarai pendek oleh badan induk berkenaan pada 13 Disember 2023.
Panel yang menemuduga keempat-empat calon berkenaan diketuai oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd. Amin serta turut dianggotai oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram; Pengarah Teknikal FAM, Scott O’ Donell dan Ketua Unit Sumber FAM, Zukhailah Marzuki.
Featured Image: National Football Development Programme – NFDP