5 Wakil Badminton Malaysia Layak Ke Sukan Olimpik 2024
May 13, 2024 Hafizuddin Omar

Acara badminton di Sukan Olimpik 2024 yang berlangsung di Paris, Perancis kelak akan disertai oleh lima wakil Malaysia selepas disahkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Pengesahan itu menyaksikan Malaysia mempunyai satu wakil dalam setiap kategori yang dipertandingkan iaitu Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), Goh Jin Wei (perseorangan wanita), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-Thinaah Muralitharan (beregu wanita) dan Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran).

Layaknya Zii Jia dan Aaron-Wooi Yik kali ini akan menjadikan ketiga-tiga mereka akan tampil buat kali kedua di temasya sukan yang berlangsung setiap empat tahun sekali itu selepas tampil buat julung kalinya pad Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

View this post on Instagram

A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)

Pada edisi tersebut, Aaron-Wooi Yik menamatkan kempen sulung di Sukan Olimpik dengan membawa pulang pingat gangsa sementara itu Zii Jia tumpas di tangan Chen Long pada Pusingan 16.

Sementara itu, Jin Wei, Pearly-Thinaah dan Tang Jie-Ee Wei akan membuat penampilan pertamanya di temasya berkenaan.

Sejak acara badminton dipertandingkan secara rasmi di Sukan Olimpik 1992 Barcelona, pemain-pemain Malaysia tidak pernah lekang daripada mewarnai acara ini selain menjadi penymbang tersebar pingat buat kontinjen negara dengan 6 perak serta 3 gangsa sepanjang lapan edisi lalu.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen