Oppo Malaysia Bawakan Football Fever Mid-Year Sale Menjelang Perlawanan Akhir UCL
May 13, 2024 Hafizuddin Omar

Menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) yang menemukan Borussia Dortmund dan Real Madrid pada 2 Jun (waktu Malaysia), Oppo Malaysia hadir dengan promosi Football Fever Mid-Year Sale 2024.

Promosi ini ditawarkan khusus buat penggemar teknologi dan peminat-peminat Oppo seluruh negara bermula dari 10hb Mei hingga 9hb Jun menerusi promosi eksklusif seperti jualan kilat, penurunan harga dan kehadiran telefon baharu.

Sepanjang tempoh promosi itu Football Fever Mid-Year Sale 2024, pembeli berpeluang mendapat rebat sebanyak RM100 bagi pembelian Oppo Reno11 dan Reno11 F yang kini berharga RM1,799 dan RM1,299 masing-masing.

Manakala Oppo A79 pula diletakkan tanda harga RM999 sahaja selepas diberikan diskaun sebanyak RM200.

Selain itu, Oppo turut memperkenalkan siri baharu bagi keluarga A iaitu Oppo A60 bersempena dengan Football Festival Mid-Year 2024.

Ditawarkan dalam dua edisi, Oppo A60 (8GB+128GB) boleh didapati pada harga RM699 manakala Opoo A60 (8GB+256GB) pula berharga RM799.

Akhir sekali, Oppo mengumumkan penurunan harga bagi beberapa telefon pintarnya melibatkan model A38 dan A18 yang kini dijual pada harga lebih mesra bajet iaitu RM549 dan RM459 masing-masing – pengurangan sebanyak RM50 berbanding harga asalnya sebelum ini.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan promosi ini, bolehlah ke My Oppo Space, Oppo Brand Stores, penjual sah Oppo, rangkaian rakan kedai Oppo, kedai online rasmi Oppe, kedai online sah Oppo (Shopee, Lazada dan Tiktok Shop) untuk membuat pembelian.  

Komen