Beregu campuran negara yang menghuni ranking ke-57 dunia, Yap Roy King dan Valeree Siow bermula dengan langkah kanan dalam saingan Terbuka Thailand 2024.
Namun begitu, langkah tersebut membawa gandingan pemain berusia 23 dan 22 tahun masing-masing bertemu salah satu nama besar dalam arena badminton bagi kategori campuran, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai atau terkenal dengan panggilan Bass-Popor pada Pusingan 16.
Terdahulu, Roy King-Valeree melakar kemaraan bertemu pasangan No.6 dunia terbabit apabila merakamkan kemenangan ke atas Lui Chan Wai dan Fu Chi Yan dari Hong Kong secara “straight set” menerusi skor 21-19 dan 21-17 pada pusingan 32, hari ini.
TOYOTA Thailand Open 2024
— BWFScore (@BWFScore) May 15, 2024
XD – R32
🇲🇾Roy King YAP🏅
21 21 🇲🇾Valeree SIOW🏅
🇭🇰LUI Chun Wai
19 17 🇭🇰FU Chi Yan
🕚 in 35 minutes
Bass-Popor pula mara hasil daripada menyingkirkan beregu Korea yang berada pada ranking ke-109 dunia, Kim Young-hyuk dan Lee Yu Lim juga secara “straight set” menerusi skor 21-17 dan 21-10.
TOYOTA Thailand Open 2024
— BWFScore (@BWFScore) May 14, 2024
XD – R32
🇹🇭Dechapol PUAVARANUKROH🏅
21 21 🇹🇭Sapsiree TAERATTANACHAI🏅
🇰🇷KIM Young Hyuk
17 10 🇰🇷LEE Yu Lim
🕚 in 34 minutes
Untuk makluman, pertembungan yang dijadualkan esok untuk merebut tiket ke suku akhir bagi saingan Jelajah Dunia BWF Super 500 bukanlah yang pertama melibatkan kedua-dua gandingan ini.
Pada awal April lalu, Roy King-Valeree telah bertemu Bass-Popor pada pusingan 32 di Kejohanan Badminton Asia 2024.
Bagaimanapun, pertembungan itu berakhir dengan Roy King-Valeree mengalami kekalahan secara “straight set” menerusi skor 8-21 dan 15-21 sekaligus terpaksa pulang awal daripada saingan tersebut.
Sebagai rekod, Bass-Popor yang diletakkan selaku pilihan pertama kejohanan pernah mara ke perlawanan akhir Terbuka Thailand sebanyak tiga kali selain bergelar juara pada edisi 2021.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia