Beregu campuran tanah air yang menghuni tangga ke-51 dunia, Choong Hon Jian dan Go Pei Kee akan berentap menentang pasangan No.3 Indonesia, Rehan Naufal dan Lisa Ayu pada pusingan 16 di Terbuka Thailand 2024.
Terdahulu, Hon Jian-Pei Kee mengesahkan tempat ke peringkat tersebut selepas mencatatkan kemenangan ke atas gandingan tuan rumah yang berada di ranking ke-116 dunia, Neuaduang Mangkornloi dan Atiyayq Povanon secara “straight set” menerusi skor 21-10 dan 21-15 pada pusingan 32, hari ini.
TOYOTA Thailand Open 2024
— BWFScore (@BWFScore) May 15, 2024
XD – R32
🇲🇾CHOONG Hon Jian🏅
21 21 🇲🇾GO Pei Kee🏅
🇹🇭Neuaduang MANGKORNLOI
10 15 🇹🇭Atitaya POVANON
🕚 in 31 minutes
Sementara itu, Rehan-Lisa yang diletakkan selaku pilihan ketujuh kejohanan pula melakar kemaraan ke peringkat yang sama selepas merakamkan kemenangan Wang Chan dan Shin Seung-chan dari Republik Korea.
Namun begitu, kemenangan Rehan-Naufal ke atas gandingan yang berada pada ranking ke-118 dunia itu tidak hadir dengan mudah.
TOYOTA Thailand Open 2024
— BWFScore (@BWFScore) May 14, 2024
XD – R32
🇮🇩Rehan Naufal KUSHARJANTO🏅
21 17 21 🇮🇩Lisa Ayu KUSUMAWATI🏅
🇰🇷WANG Chan
17 21 12 🇰🇷SHIN Seung Chan
🕚 in 64 minutes
Mereka terpaksa berentap di atas gelanggang selama lebih satu jam sebelum dapat mengakhiri perlawanan tersebut menerusi skor 21-17, 17-21 dan 21-12.
Untuk makluman, pertembungan melibatkan Hon Jian-Pei Kee dan juara Terbuka HYLO 2022 serta Terbuka Finland 2019 yang dijadualkan pada hari esok untuk merebut tiket ke suku akhir bakal menjadi yang pertama antara kedua-duanya di pentas antarabangsa.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia