Tiada lagi kelibat beregu campuran negara bermula di peringkat suku akhir Terbuka Thailand 2024.
Ini selepas baki dua beregu campuran, Yap Roy King-Valeree Siow dan Choong Hon Jian-Go Pei Kee tumpas pada pusingan 16, hari ini.
Kedukaan itu bermula dengan Roy King-Valeree yang menghuni ranking ke-57 dunia terpaksa akur dengan kehebatan pilihan pertama kejohanan iaitu Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai.
TOYOTA Thailand Open 2024
— BWFScore (@BWFScore) May 16, 2024
XD – R16
🇹🇭Dechapol PUAVARANUKROH🏅
21 21 🇹🇭Sapsiree TAERATTANACHAI🏅
🇲🇾Roy King YAP
11 16 🇲🇾Valeree SIOW
🕚 in 35 minutes
Gandingan tuan rumah yang turut dikenali sebagai Bass-Popor itu berhasil menumpaskan Roy King-Valeree secara “straight set” menerusi skor 21-11 dan 21-16 dalam tempoh 35 minit.
Kekalahan turut menimpa sepasang lagi beregu campuran negara, Hon Jian-Pei Kee apabila tewas kepada beregu No.3 Indonesia, Rehan Naufal dan Lisa Ayu.
Dalam pertarungan itu, Hon Jian-Pei Kee yang berada pada ranking ke-51 dunia turut tewas secara “straight set” menerusi skor 21-15 dan 21-15 di tangan Rehan-Lisa.
TOYOTA Thailand Open 2024
— BWFScore (@BWFScore) May 16, 2024
XD – R16
🇮🇩Rehan Naufal KUSHARJANTO🏅
21 21 🇮🇩Lisa Ayu KUSUMAWATI🏅
🇲🇾CHOONG Hon Jian
15 15 🇲🇾GO Pei Kee
🕚 in 39 minutes
Kekalahan itu sekaligus melenyapkan kelibat wakil Malaysia bagi kategori tersebut dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 500 terbabit.
Sebagai tambahan, sepasang lagi beregu campuran yang turut menyertai saingan ini, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai pula tewas seawal pusingan 32 di tangan gandingan tuan rumah yang menghuni ranking ke-35 dunia, Ruttanapak Oupthong dan Jhenicha Sudjaipraparat biarpun turun selaku pilihan ketiga kejohanan.
Featured Image: Badminton Association of Thailand