Perjalanan perseorangan lelaki No.3 negara, Leong Jun Hao di Terbuka Thailand 2024 terhenti di pusingan 16.
Ianya berikutan pemain berusia 24 tahun yang berada pada ranking ke-37 dunia terbabit tewas tipis di tangan juara Kejohanan Dunia BWF 2023 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn, sebentar tadi.
Bagaimanapun, Kunlavut tidak memberikan kemenangan yang mudah buat Kunlavut dalam perlawanan tersebut.
Pemain berusia 23 tahun yang berada di ranking kelapan dunia itu terpaksa mengharungi tiga set permainan yang melebihi satu jam dan setengah lamanya sebelum dapat mengesahkan kemenangan dengan skor 20-22, 21-14 dan 23-21.
TOYOTA Thailand Open 2024
— BWFScore (@BWFScore) May 16, 2024
MS – R16
20 21 23 🇹🇭Kunlavut VITIDSARN🏅
22 14 21 🇲🇾LEONG Jun Hao
🕚 in 92 minutes
Sebagai rekod, ini merupakan pertembungan kelima melibatkan Jun Hao dan Kunlavut di pentas kejohanan antarabangsa.
Kemenangan itu merupakan yang keempat dilakar oleh Kunlavut sejak bertemu Jun Hao buat julung kalinya pada tahun 2016 di zaman remaja.
Susulan kemenangan tersebut, Kunlavut berhasil membolot tiket kemaraan ke peringkat suku akhir bagi Jelajah Dunia BWF Super 500 ini.
Menantinya di peringkat tersebut adalah pemain India berusia 21 tahun yang menghuni ranking ke-84 dunia, Meiraba Maisnam.
TOYOTA Thailand Open 2024
— BWFScore (@BWFScore) May 15, 2024
MS – R32
21 21 🇮🇳Meiraba Luwang MAISNAM🥇
19 18 🇮🇳PRANNOY H. S.
🕚 in 55 minutes
Walaupun berada pada ranking yang agak rendah, Meiraba memulukan kempen ini dengan mengejutkan pemain senior senegaranya, Prannoy Haseena Sunil Kumar secara “straight set” menerusi skor 21-19 dan 21-18 pada pusingan 32.
Tidak terhenti setakat itu, Meiraba terus mengejutkan Nimibutr Stadium dengan menyingkirkan pula pemain No.5 Denmark, Mads Christophersen juga secara “straight set” menerusi skor 21-14 dan 22-20.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia