Terbuka Thailand: Zii Jia Ke Suku Akhir, Bertemu Pemain No.5 China

May 16, 2024
Badminton

Hafiz Omar

Kempen perseorangan badminton lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia di Terbuka Thailand 2024 berlanjutan ke peringkat suku akhir.

Pemain berusia 26 tahun kelahiran Alor Setar, Kedah memastikan lanjutan kempennya di salah satu siri Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 selepas mengalahkan pemain Republik Korea, Jeon Hyeok-jin pada pusingan 16, hari ini.

Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia melakar kemenangan bergaya ke atas penghuni ranking ke43 dunia itu secara “straight set” menerusi skor 22-20 dan 21-7 dalam tempoh 36 minit permainan.

Kemenangan itu sekaligus membawanya bertemu pemain No.5 China, Lu Guang Zu pada peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung esok.

Terdahulu, Guang Zu mengesahkan kemaraan ke peringkat yang sama selepas menundukkan pemain Jepun, Koki Watanabe menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-11, 18-21 dan 21-19.

Menyoroti rekod pertemuan, Zii Jia dan Guang Zu sudah bertemu sebanyak enam kali.

Zii Jia dilihat mempunyai rekod yang baik ketika bertemua Guang Zu dengan empat kemenangan berjaya diraih daripada enam pertemuan tersebut.

Namun begitu, pertemuan terakhir melibatkan kedua-duanya di Terbuka Malaysia pada Januari lalu berpihak kepada Guang Zu dengan skor 16-21, 21-19 dan 21-15.

Featured Image: Victor

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd