Astro Siar Kesemua 51 Perlawanan EURO 2024 Di SPOTV
May 16, 2024 Hafizuddin Omar

Kejohanan bola sepak eropah, EURO 2024 yang akan berlangsung dari 14 Jun hingga 14 Julai di Jerman kelak akan dapat disaksikan secara langsung oleh para peminat bola sepak tempatan menerusi saluran SPOTV di stesen televisyen berbayar, Astro.

Astro dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua 51 perlawanan EURO tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi definisi tinggi (HD) di buah saluran khas – SPOTV Stadia (Saluran 808) dan SPOTV2 Stadia (CH 809) selain boleh ditonton menerusi AstroGo, Sooka dan NJOI.

Semua pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat akses percuma untuk menyaksikan EURO edisi ke-17 yang akan ditandingi oleh 24 buah negara terbaik benua eropah.

Bukan sahaja menyajikan siaran langsung perlawanan, para peminat boleh menantikan rangkuman program menarik seperti sorotan perlawanan terbaik sebelum ini, jaringan-jaringan terbaik dan ulasan mendalam sepanjang kejohanan.

Cara untuk menyaksikan EURO 2024:

Astro: Semua pelanggan Sports Pack akan mendapat akses percuma untuk UEFA EURO 2024™ menerusi SPOTV Stadia (Saluran 808) dan SPOTV2 Stadia (Saluran 809). Pelanggan selain Sports Pack boleh melanggan Sports add-on pada harga RM42.99/bulan.

sooka: Strim siaran langsung UEFA EURO 2024™ melalui SPOTV Stadia dan SPOTV2 di sooka dengan ‘EU Pass’ tambahan pada harga RM39.80* di kesemua peranti. Untuk menonton di televisyen, pelanggan perlu menaiktaraf ke langganan sooka Premium Plan. Maklumat lanjut di sooka.my

NJOI: Saluran-saluran UEFA EURO 2024™ iaitu SPOTV Stadia (Saluran 808) dan SPOTV2 Stadia (Saluran 809) akan disediakan menerusi Sports Mega Pack pada harga RM15*/hari atau RM47*/30hari, bermula 12 Jun 2024 hingga 15 Julai 2024. Muat turun My NJOI untuk langgan: 

Google Play Store | Apple App Store | Huawei App Gallery

Kesemua pelan langganan di sooka dan NJOI adalah tanpa kontrak dan komitmen.

Komen