Terbuka Thailand: Zii Jia Julung Kalinya Ke Separuh Akhir Tahun Ini
May 17, 2024 Hafizuddin Omar

Perseorangan lelaki No.1 Malaysia, Lee Zii Jia berjaya melakar kemaraan sulung ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan yang disertainya pada tahun ini.

Langkah itu dirakamkan selepas berhasil menumpaskan pemain No.5 China, Lu Guang Zu pada peringkat suku akhir Terbuka Thailand 2024, sebentar tadi.

Bagaimanapun, tiket kemaraan itu tidak datang bergolek dengan mudah untuk Zii Jia yang menghuni ranking kesepuluh dunia pada ketika ini.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah yang berusia 26 tahun itu terpaksa bertarung dengan Guang Zu melebihi satu jam lamanya sebelum dapat mengesahkan kemenangan menerusi skor 21-13, 16-21 dan 21-18.

Menerusi kemenangan itu, Zii Jia turut memperbaharui rekod pertemuannya dengan Guang Zu di pentas kejohanan antarabangsa – lima kemenangan dan dua kekalahan.

Sementara itu, pada peringkat suku akhir bagi Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 yang dijadualkan berlangsung esok, Zii Jia akan menantikan cabaran samada daripada pemain Jepun, Kodai Naraoka (ranking kelima dunia) atau pemain Chinese Taipei, Chou Tien Chen (ranking ke-14 dunia).

Featured Image: Badminton Association of Thailand

Komen