Jenama kasut sukan berasal dari Perancis dan beribu pejabat di Amerika Syarikat, Hoka tampil membuka pusat inovasi – Hoka FlyLab – selama seminggu di Esplanade, KLCC Park.
Kiosk mula dibuka bermula dari 20hb hingga 26hb Mei itu memberi peluang kepada para peminat jenama berkenaan dan orang ramai untuk menyaksikan dengan lebih dekat teknologi yang digunakan mereka pada kasut-kasutnya.


Selain itu, pengunjung juga diberikan peluang untuk merasai pengalaman interaktif, demonstrasi produk, mencuba kasut-kasut buatannya selain kemunculan selebriti.



Antara yang mencuri tumpuan adalah imbasan kaki 3D yang membolehkan mesin imbasan tersebut mengimbas kaki bagi menentukan saiz dan pilihan kasut-kasut Hoka yang paling sesuai untuk kaki masing-masing.

Pada masa yang sama, Hoka turut menampilkan koleksi terbarunya situ Hoka Skyward X yang direka khusus untuk penggunaan harian untuk jarak dekat dan masa yang singkat.
Kasut ini menggabungkan reka bentuk maksima dengan teknologi revolusi suspensi.


Ia menampilkan ciri-ciri Active Foot Frame™️ berasaskan PEBA yang merupakan rangkaian istimewa jenamanya, MetaRocker™️ serta gabungan busa mewah sekaligus memberikan pemakainya pengalaman penggunaan yang empuk selesa.
Bersempena dengan pembukaan kiosk tersebut pelbagai aktiviti turut disajikan seperti acara larian bersama Kelab Larian Hoka (HRC), sesi yoga, sesi senaman Dan aktiviti menarik dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) dan bermacam-macam lagi.