MFL Tak Laksanakan Siaran Langsung Piala MFL 2024-25
May 20, 2024 Hafizuddin Omar

Saingan liga simpanan bagi pemain bawah 23 tahun (B-23) iaitu Piala MFL musim 2024-25 tidak akan dapat disaksikan secara langsung oleh para peminat bola sepak tanah air.

Ini berikutan penganjur tidak melaksanakan siaran langsung melibatkan semua perlawanan bagi kejohanan terbabit sepanjang musim ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh penganjur kepada para pengamal media menerusi satu makluman, pada hari ini.

Oleh demikian, para peminat yang ingin menonton aksi melibatkan pemain-pemain muda tempatan dalam saingan berkenaan perlulah ke venue bagi setiap perlawanan yang dilangsungkan.

Hari ini, perlawanan pertama Piala MFL telah pun berlangsung dengan aksi melibatkan Terengganu FC II vs Negeri Sembilan B-23, PDRM FC B-23 vs Penang FC II dan Johor Darul Ta’zim II dan Sabah FC B-23.

Sebagai rekod, saingan Piala MFL musim lalu disiarkan secara langsung di Youtube MFL.

Featured Image: Terengganu FC II

Komen