Malaysia Masters: Arif Junaidi-Roy King Ke Pusingan 16
May 21, 2024 Hafizuddin Omar

Beregu lelaki No.6 negara, Wan Arif Junaidi dan Yap Roy King antara yang tidak ketinggalan bermula dengan langkah kanan pada pusingan 32 dalam saingan Malaysia Masters 2024.

Gandingan pemain berusia 21 dan 23 tahun masing-masing langkah kanan dengan menumpaskan beregu China yang menduduki ranking ke-64 dunia, Xie Hao Nan dan Zeng Wei Han.

Dalam pertarungan tersebut, kemenangan berpihak kepada Arif-Roy King selepas mencatatkan skor 21-16 dan 21-12 dalam tempoh masa 38 minit permainan.

Hasil daripada kemenangan itu, Arif-Roy King berhasil mengesahkan tempatnya ke peringkat pusingan 16 bagi salah satu siri Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500.

Pada peringkat seterusnya, Arif-Roy King akan bertemu samada beregu Perancis yang menghuni ranking ke-37 dunia, Christo Popov dan Toma Junior Popov atau beregu No.2 Chinese Taipei merangkap pilihan keempat kejohanan, Lee Jhe-huei dan Yang Po-hsuan untuk merebut slot ke suku akhir.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen