Malaysia Masters: Tang Jie-Ee Wei Sahkan Tempat Ke Suku Akhir
May 23, 2024 Hafizuddin Omar

Beregu campuran No.1 tanah air, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei muncul selaku wakil negara yang pertama mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Malaysia Masters 2024.

Ianya selepas beregu yang menghuni ranking kesembilan dunia dan diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan tidak mempunyai masalah menundukkan lawannya dari India, Reddy Sumeeth dan Reddy Sikki pada pusingan 16, hari ini.

Pertarungan sulung melibatkan kedua-dua pasangan tersebut menyaksikan Tang Jie-Ee Wei menyudahkan permainan dengan kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-9 dan 21-15 dalam tempoh masa 35 minit.

Bagi saingan peringkat suku akhir kelak, Tang Jie-Ee Wei akan bertemu samada rakan senegara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing atau beregu Korea yang menghuni ranking ke-102 dunia, Wang Chan dan Shin Seung-chan.

Komen