Malaysia Masters: Naib Juara Edisi Lalu Bertembung Beregu No.1 Australia
May 23, 2024 Hafizuddin Omar

Gandingan Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan yang muncul naib juara Malaysia Masters edisi lalu bakal bertembung beregu No.1 Australia, Setyana Mapasa dan Angela Yu di peringkat suku akhir Malaysia Masters 2024.

Terlebih dahulu, Pearly-Thinaah yang menghuni ranking ke-13 dunia mengesahkan kemaran ke suku akhir selepas menundukkan beregu India, Simran Singhi dan Ritika Thaker dengan mudah pada pusingan 16, hari ini. 

Pealy-Thinaah yang diletakkan selaku pilihan kedua kejohanan melakar kemenangan secara “straight set” iaitu 21-17 dan 21-11 dalam tempoh 32 minit ke atas beregu No.60 dunia tersebut.

Untuk makluman, ini merupakan perlawanan pertama Pearly-Thinaah di Malaysia Masters 2024 memandangkan gandingan pemain berusia 24 dan 26 tahun masing-masing ini diberikan kemenangan tanpa bertanding (walkover) pada pusingan 32.

Sementara itu, Setyana-Angela, ranking ke-30, pula mara ke peringkat yang sama susulan menumpaskan beregu No.4 Malaysia, Go Pei Kee dan Low Yeen Yuan secara “straight set” iaitu 21-8 dan 21-11 dalam masa setengah jam.

Sebagai tambahan, pertembungan Pearly-Thinaah dan Setyana-Angela yang dijadualkan berlangsung pada hari esok akan menjadi yang sulung melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.

Komen