Pan-gon Panggil Syafiq Ahmad, Ketepikan Arif Aiman
May 23, 2024 Hafizuddin Omar

Nama penyerang yang dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada Kedah Darul Aman FC iaitu Syafiq Ahmad kembali disenaraikan oleh ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan-gon.

Pemain berusia 28 tahun berkenaan disenaraikan bagi menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula 27 Mei (Isnin) bagi menghadapi perlawanan kelima dan keenam Kumpulan D dalam Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Namanya pasti dipanggil oleh Pan-gon selepas berhasil memberikan impak kepada Kedah Darul Aman bimbingan Nafuzi Zain terutamanya ketika menjaringkan satu gol penting ketika bertemu PDRM FC pada aksi pertama Liga Super 2024-25.

Sementara itu, beberapa nama baharu berbanding senarai yang dipanggil pada Mac turut disenaraikan Pan-gon untuk mengiringi Syafiq ke latihan pusat tersebut.

Antaranya Kalamullah Al-Hafiz (Kedah Darul Aman), Adib Ra’op (Penang), Feroz Baharudin (Johor Darul Ta’zim), Declan Lambert (Kuala Lumpur City) dan Engku Shakir (Terengganu).

Senarai pemain-pemain yang dipanggil oleh Pan-gon ini dikongsikan secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu siaran media, pada hari ini.

Manakala tonggak skuad kebangsaan iaitu Arif Aiman Hanapi tidak disenaraikan ke kem latihan pusat pada kali ini ekoran masalah kecederaan termasuk Azam Azmi Murad, Romel Morales serta Faisal Halim yang masih menerim rawatan ekoran diserang dengan simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Untuk makluman, skuad kebangsaan berjulukan Harimau Malaya dijadualkan berhadapan Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun sebelum kembali ke tanah air dan melayani kunjungan Chinese Taipei di Stadium Nasinal Bukit Jalil pada 11 Jun.

Senarai penuh 26 pemain yang dipanggil Pan-gon untuk menyertai kem latihan pusat adalah seperti berikut:

Komen