Seramai empat beregu lelaki negara yang beraksi di peringkat suku akhir, namun, beregu No.6 negara, Wan Arif Junaidi dan Yap Roy King muncul satu-satunya yang melakar kemaraan ke separuh akhir Malaysia Masters 2024.
Lebih menakjubkan, Arif-Roy King yang menghuni ranking ke-47 dunia melakar kemaraan tersebut dengan mengejutkan beregu No.2 Denmark yang berada di ranking lebih tinggi daripadanya, Rasmus Kjær dan Frederik Søgaard, hari ini.
Arif-Roy King melakar kemenangan ke atas gandingan yang menduduki ranking ke-18 dunia tersebut menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-18, 14-21 dan 21-18 dalam tempoh masa hampir 70 minit.
PERODUA Malaysia Masters 2024
— BWFScore (@BWFScore) May 24, 2024
MD – QF
🇲🇾Junaidi ARIF🏅
21 14 21 🇲🇾Roy King YAP🏅
🇩🇰Rasmus KJÆR
18 21 18 🇩🇰Frederik SØGAARD
🕚 in 69 minutes
Kemaraan ke peringkat separuh akhir salah satu kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 ini juga merupakan julung kalinya buat Arif-Roy King yang bergandingan bermula sekitar Mac tahun lalu.

Sementara itu, beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal meneruskan kempennya ke peringkat separuh akhir susulan dikejutkan beregu Korea No.34 dunia, Jin Yong dan Na Sung-seung.
Aaron-Wooi Yik menanggung kekalahan dalam perlawanan tersebut menerusi skor 21-11, 19-21 dan 19-21.
Manakala beregu lelaki No.2 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin pula mengalami nasib yang sama apabila tewas kepada beregu No.1 Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen secara “straight set” dengan pungutan mata 19-21 dan 17-21.

Turut menyertai jejak langkah yang sama adalah gandingan Man Wei Chong dan Tee Kai Wung yang tewas di tangan beregu China, He Ji Ting dan Ren Xiang Yu juga secara “straight set” dengan skor 18-21 dan 16-21.
Berbalik kepada Arif-Roy King, gandingan pemain berusia 21 dan 23 tahun masing-masing ini akan turun ke perlawanan separuh akhir menentang Kim-Anders meraih kemenangan ke atas Sze Fei-Izzuddin.
Pertembungan melibatkan kedua-dua beregu ini pada hari esok juga pertama seumpamanya di kejohanan antarabangsa.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia