Beregu Denmark yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan, Kim Astrup dan Anders Rasmussen menjadi batu penghalang buat Wan Arif Junaidi dan Yap Roy King untuk mara ke perlawanan akhir Malaysia Masters 2024.
Gandingan Kim-Anders yang menghuni ranking kelima dunia oada ketika ini ternyata berada dalam kelas yang tersendiri dan tidak mempunyai masalah untuk membenam cabaran Arif-Roy King pada perlawanan separuh akhir, hari ini.
Dalam pertarungan tersebut, Arif-Roy King terpaksa akur tewas secara “straight set” menerusi skor 13-21 dan 19-21 dalam tempoh masa 43 minit.
Keputusan itu sekaligus mengakhiri kempen yang boleh disifatkan sebagai cemerlang di Malaysia Masters – mara ke pentas bertaraf Super 500 buat julung kalinya sejak mereka bergandingan bermula Mac 2023.
Sebelum itu, Arif-Roy King mara ke perlawanan separuh akhir dengan mencipta kejutan ke atas beregu No.2 Denmark, Rasmus Kjær dan Frederik Søgaard pada peringkat suku akhir.
Manakala pada peringkat pusingan 16, Arif-Roy King mengejutkan beregu No.2 Chinese Taipei, Lee Jhe-huei dan Yang Po-hsuan.
Sementara itu, Kim-Anders yang mara ke pentas akhir akan menantikan cabaran samada daripada beregu Korea yang menyingkirkan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pada peringkat suku akhir iaitu Jin Yong dan Na Sung-seung atau beregu No.3 China, He Ji Ting dan Ren Xiang Yu.
PERODUA Malaysia Masters 2024
— BWFScore (@BWFScore) May 25, 2024
MD – SF
🇩🇰Kim ASTRUP🏅
21 21 🇩🇰Anders Skaarup RASMUSSEN🏅
🇲🇾Junaidi ARIF
13 19 🇲🇾Roy King YAP
🕚 in 43 minutes
Featured Image: Badminton Association of Malaysia