‘Luck’ Badminton Bergantung Kepada Hasil Undian – Hamidin
May 27, 2024 Hafizuddin Omar

Ketua Kontinjen (Chef de Mission) Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Haji Hamidin Mohd. Amin melihat tuah buat pemain-pemain badminton negara mara jauh atau meraih sebarang pingat pada dalam temasya itu nanti bergantung kepada keputusan undian.

Ini kerana undian itu nanti akan menentukan samada pemain-pemain negara akan bertembung dengan lawan yang menghuni ranking tertinggi dunia pada pusingan awal ataupun tidak.

“Saya fikir badminton ni saya setuju dengan pandangan Tan Sri Norza…”

“Kita akan tengok luck (tuah) pada draw (undian) nanti, draw (undian) tu mustahak tak kiralah (kategori) single (perseorangan) atau double (beregu),” katanya ketika Majlis Ramah Mesra Chef de Mission Paris 2024 bersama Atlet pada hari ini.

@sukanzcom

‘Luck’ badminton bergantung hasil undian – Chef de Mission Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hj. Hamidin Mohd. Amin #SukanDiTiktok #Badminton

♬ original sound – Sukanz – Sukanz

Bagaimanapun, sekiranya tuah undian tidak memihak kepada mereka, Hamidin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) percaya kemampuan pemain-pemain badminton negara yang terpilih ke Sukan Olimpik kerana mempunyai pengalaman menewaskan pemain yang berada di ranking lebih tinggi daripada mereka seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-Thinaah Muralitharan.

“Kalau kita tengok Pearly dan Thinaah, dia pun pernah kalahkan beregu No.2 dan No.3 (dunia),”

“Aaron dan Wooi Yik pernah kalahkan No.1 (dunia),” tambahnya lagi.

Oleh demikian, beliau percaya atlet-atlet badminton ini akan dapat memberikan sesuatu buat Kontinjen Malaysia di temasya yang berlangsung setiap empat tahun sekali itu nanti.

Mengulas mengenai prestasi pemain-pemain badminton negara yang terpilih ke Sukan Olimpik dalam saingan Malaysia Masters, Hamidin berkata majoritinya berada dalam kelompok peringkat suku akhir dan separuh akhir – dimana beliau tampak berpuas hati dengannya.

Namun, Hamidin menggesa prestasi itu ditingkatkan lagi semasa beraksi di Terbuka Singapura (Super 750) dan Terbuka Indonesia (Super 1000) pada minggu ini dan minggu hadapan masing-masing.

Pada masa yang sama, Hamidin difahamkan, pemain-pemain badminton negara yang akan ke Sukan Olimpik tidak akan mengambil bahagian dalam saingan Terbuka Australia (Super 500) yang berlangsung dari 11hb hingga 16hb Jun kelak kerana tarikh tersebut sudah hampir dengan tarikh berlangsungnya Sukan Olimpik.

Sebagai tambahan, temasya itu nanti bakal membuka tirainya pada 27hb Julai dan melabuhkan tirainya pada 5hb Ogos. Manakala majlis undian bagi acara badminton di Sukan Olimpik itu kelak dijadualkan pada 12hb Julai. 

Komen