Terbuka Singapura: Sze Fei-Izzuddin Singkir Beregu No.2 China

May 30, 2024
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki No.2 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berjaya mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Terbuka Singapura 2024 – Jelajah Dunia BWF Super 750.

Gandingan pemain berusia 26 tahun masing-masing melakar kemaraan berkenaan dengan menyingkirkan beregu No.2 dari negara tembok besar iaitu Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi pada pusingan 16, hari ini.

Dalam pertembungan tersebut, Sze Fei-Izzuddin yang berada di kedudukan ke-14 dunia mara dengan bergaya, menumpaskan Liu-Ou secara “straight set” menerusi skor 21-13 dan 21-16.

Selain mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir, keputusan itu menjadikan mereka kini memperbaharui rekod pertemuan dengan mencatakan tiga kemenangan daripada lima pertemuan di pentas antarabangsa.

Sementara itu, pada peringkat suku akhir nanti, Sze Fei-Izzuddin akan menantikan cabaran samada daripada beregu Denmark, Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard (ranking ke-34) atau beregu China, He Ji Ting dan Ren Xiang Yu (ranking kesepuluh).

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd