Perjalanan beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei di Terbuka Singapura 2024 berakhir di peringkat suku akhir.
Ianya berikutan gandingan No.9 dunia itu tewas di tangan juara Kejohanan Dunia BWF 2023 dari Korea, Seo Seung-jae dan Chae Yu-jung pada peringkat tersebut, tengah hari tadi.
Dalam pertarungan tersebut, Tang Jie-Ee Wei tumpas “straight set” di tangan Seo-Chae menerusi skor 14-21 dan 18-21 dalam tempoh masa 42 minit permainan.
KFF Singapore Badminton Open 2024
— BWFScore (@BWFScore) May 31, 2024
XD – QF
🇰🇷SEO Seung Jae🏅
21 21 🇰🇷CHAE Yu Jung🏅
🇲🇾CHEN Tang Jie
14 18 🇲🇾TOH Ee Wei
🕚 in 42 minutes
Kekalahan itu menjadikannya tewas sebanyak tiga kali daripada empat pertemuan secara keseluruhan di tangan pasangan yang kini menghuni ranking keempat dunia terbabit.
Susulan kekalahan ini, Tang Jie-Ee Wei terpaksa berpuas hati dengan imbuhan sebanyak RM24,990 serta kutipan 6,050 mata untuk dimasukkan dalam pelbagai pengiraan ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Bagi Seung-Chae yang meneruskan kemaraannya ke peringkat separuh akhir bagi Jelajah Dunia BWF Super 500, beregu No.1 dunia China, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong bakal menjadi lawannya.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia