PT Athletic Ambil 2 Pemain Import Nigeria – Isi Posisi Serangan
May 31, 2024 Hafizuddin Omar

Kelab yang baru ditubuhkan, PT Athletic memaklumkan mendapatkan khidmat dua pemain import bagi mengharungi saingan Liga A1 Semi-Pro 2024-25 (dahulunya dikenali sebagai Liga M3).

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh ketua jurulatih, Nazrulerwan Makmor dimana kedua-duanya merupakan pemain dari Nigeria di posisi serangan.

Bagaimanapun, kedatangan kedua-dua pemain tersebut belum diumumkan secara rasmi memandangkan pihaknya belum menerima sijil perpindahan antarabangsa (ITC).

“Setakat ni kita ada dua calon pemain import, kita tengah tunggu daripada FAM untuk dia punya ITC (Sijil Perpindahan Antarabangsa),”

“(Kedua-dua) pemain tersebut dari benua afrika iaitu Nigeria yang beraksi di posisi serangan,

@sukanzcom

Ketua jurulatih PT Athletic FC, Nazrulerwan Makmor mengesahkan pihaknya mengambil dua pemain import posisi serangan dari Nigeria untuk mengharungi saingan Liga A1 Semi-Pro #SukanDiTiktok

♬ original sound – Sukanz – Sukanz

“Saya rasa pasukan ini tidak perlu pemain import pertahanan kerana kita sudah mempunyai ramai pemain berpengalaman di situ,” katanya ketika ditemui media, baru-baru ini.

Selain dua pemain import tersebut, PT Athletic turut dibarisi beberapa bekas pemain skuad kebangsaan dan pemain Liga Super seperti Amri Yahyah, Indra Putra Mahayuddin, Syazwan Zainon, Latiff Suhaimi, Nurshamil Abdul Ghani, Adib Zainuddin dan Ilham Amirullah.

Difahamkan, pembentukan skuad ini turut diiringi dengan sasaran oleh pihak pengurusan untuk layak ke saingan Liga Super 2024-25.

Akan tetapi, Nazrulerwan meletakkan meletakkan sasaran peribadi untuk membawa kelab ini meraih kelompok lima terbaik pada musim ini.

Tambahnya lagi, bagi mencapai sasaran berkenaan, juara bertahan, Imigresen FC serta KL Rovers, Gombak FC, Bunga Raya Damansara FC antara yang perlu diberikan perhatian dalam saingan Liga A1 ini.

Komen