Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia sekali lagi mencetak kemenangan ke atas pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus – pertemuan ketiga berturut-turut dalam tempoh dua minggu.
Kemenangan terbaru itu dicetaknya ketika bertemu Angus pada pusingan 32 di Terbuka Indonesia 2024 yang berlangsung di Istora Senayan, hari ini.
Lebih mengujakan, Zii Jia sekali lagi merekodkan kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-17 dan 21-16 dalam tempoh 40 minit permainan.
KAPAL API Indonesia Open 2024
— BWFScore (@BWFScore) June 4, 2024
MS – R32
21 21 🇲🇾LEE Zii Jia🏅
17 16 🇭🇰NG Ka Long Angus
🕚 in 40 minutes
Keputusan itu menjadikan Zii Jia kekal melakar empat kemenangan berturut-turut secara “straight set” ke atas Angus selepas mencetaknya di Indonesia Masters, Terbuka Thailand dan Malaysia Masters pada tahun ini.
Susulan kemenangan itu, Zii Jia dapat meneruskan kempennya di Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 1000 ini ke pusingan seterusnya, pusingan 16.
Menantinya di sana, samada pemain No.19 dunia dari China, Weng Hong Yang atau perseorangan India yang menghuni ranking ke-36 dunia, Kiran George.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia