Pemain badminton perseorangan lelaki negara yang baru sahaja menjejaki ranking ke-32 dunia, Leong Jun Hao mencipta satu lagi kejutan besar dalam kariernya apabila berjaya menumpaskan Jonatan Christie – pemain No.3 dunia dari Indonesia.
Jun Hao, 24 tahun, kelahiran Setapak, Kuala Lumpur melakar kejutan tersebut ketika turun menentang Jonatan pada pusingan 32 saingan Terbuka Indonesia 2024 bertempat di Istora Senayan, hari ini.
Jun Hao melakar kemenangan ke atas Jonatan yang juga merupakan juara Asia 2024 dan All England 2024 menerusi tiga set permainan menerusi skor 21-13, 16-21 dan 21-12 dalam masa satu jam dan dua minit.
Susulan kemenangan ke atas pemain berusia 26 tahun berkenaan, Jun Hao dapat meneruskan kempennya ke pusingan 16 dalam Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 1000.
Menantinya di peringkat tersebut adalah salah seorang pemain Chinese Taipei samada Chou Tien Chen (ranking ke-11) atau Lin Chun-yi (ranking ke-17) untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir.
Ini merupakan kali kedua Jun Hao melakukan kejutan yang besar pada tahun ini selepas menumpaskan pemain Indonesia yang menghuni ranking ketujuh dunia (kedudukan pada minggu lalu), Anthony Sinisuka Ginting pada pusingan 16 di Terbuka Singapura, Khamis lalu.
KAPAL API Indonesia Open 2024
— BWFScore (@BWFScore) June 5, 2024
MS – R32
21 16 21 🇲🇾LEONG Jun Hao🏅
13 21 12 🇮🇩Jonatan CHRISTIE
🕚 in 62 minutes
Featured Image: Badminton Association of Malaysia