Terbuka Indonesia: ‘Fairy Tale’ Jun Hao Berakhir, Bawa Pulang RM33,572
June 7, 2024 Hafizuddin Omar

Kisah luar biasa pemain negara yang sedang meninkat, Leong Jun Hao menumbangkan dua nama besar dalam kategori perseorangan lelaki di Terbuka Indonesia berakhir pada peringkat suku akhir.

Magisnya yang menumbangkan pemain No.3 dunia, Jonatan Christie dan bekas pemain No.2 dunia, Chou Tien Chen ternyata tidak dapat digunakan untuk menjinakkan pemain No.4 dunia dari China, Li Shi Feng. 

Sebaliknya, pemain berusia 24 itu berjaya menumpaskan secara Jun Hao “straight set” menerusi skor 21-11 dan 21-12 dalam tempoh masa 43 minit di Istora Senayan, sebentar tadi. 

Kekalahan itu juga menjadikan Jun Hao, yang bakal menjengah usia 25 tahun pada bulan hadapa, tewas sebanyak tiga kali berturut-turut di tangan Shi Feng selepas tumpas di Malaysia Masters dan Piala Thomas pada tahun ini.

Namun begitu, kekalahan ini telah meletakkan satu penanda aras baharu dalam kariernya iaitu mara ke peringkat suku akhir buat julung kalinya dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000. 

Pada masa yang sama, Jun Hao turut meraih ganjaran wang tunai sebanyak AS$7,150 atau sekitar RM33,572 dan memungut 6,600 mata hasil mara sehingga ke peringkat suku akhir.

Sementara itu, Shi Feng yang meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir akan membuat perhitungan dengan rakan senegaranya yang kini menghuni ranking kedua dunia, Shi Yu Qi untuk merebut tiket ke perlawanan akhir.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen