Terbuka Indonesia: Pemain No.1 Thailand Singkir Zii Jia
June 7, 2024 Hafizuddin Omar

Kempen Lee Zii Jia di Terbuka Indonesia 2024 – Jelajah Dunia BWF Super 1000 menemui titik noktahnya apabila tumpas di tangan pemain No.1 Thailand, Kunlavut Vitidsarn pada peringkat suku akhir.

Pertarungan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta itu menyaksikan Zii Jia tewas kepada pemain berusia 23 tahun tersebut secara “straight set” menerusi skor 16-21 dan 17-21 dalam tempoh masa menghampiri satu jam.

Keputusan itu sekaligus mengekang Zii Jia daripada meneruskan rentak cemerlangnya mara ke perlawanan akhir dalam dua kejohanan yang disertainya sebelum ini – Terbuka Thailand dan Malaysia Masters. 

Sementara itu, Kunlavut yang meraih kemenangan ke atas Zii Jia meneruskan kemaraannya ke peringkat separuh akhir bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 100 ini.

Di peringkat itu, Kunlavut bakal menantikan cabaran samada daripada pemain No.2 Denmark, Anders Antonsen atau pemain No.2 India, Lakshya Sen.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen