Beregu No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan terpaksa beraksi dengan berhempas pulas terlebih dahulu sebelum dapat menumbangkan Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan.
Ketika bertembung Pearly-Thinaah di peringkat suku akhir sebentar tadi, Qing Chen-Yi Fan terpaksa bertarung selama hampir satu jam sebelum dapat menumpaskan beregu negara yang menghuni ranking ke-13 dunia pada saat ini.
Namun begitu, Qing Chen-Yi Fan yang masih segar dengan kejayaannya merangkul kejuaraan Terbuka Singapura berhasil menamatkan pertarungan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta itu secara “straight set” menerusi skor 20-22 dan 18-21.
Keputusan itu pastinya melegakan dan memuaskan hati Qing Chen-Yi Fan lebih-lebih lagi kembali mencatatkan kemenangan ke atas Pearly-Thinaah selepas tewas pada pertemuan terakhir mereka di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2024 pada Mac lalu.
Sebagai rekod, ini merupakan pertembungan ketujuh melibatkan Qing Chen-Yi Fan dan Pearly-Thinaah di pentas antarabangsa dan pertarungan di All England tersebut satu-satunya yang dimenangi oleh Pearly-Thinaah.
KAPAL API Indonesia Open 2024
— BWFScore (@BWFScore) June 7, 2024
WD – QF
🇨🇳CHEN Qing Chen🏅
22 21 🇨🇳JIA Yi Fan🏅
🇲🇾TAN Pearly
20 18 🇲🇾THINAAH Muralitharan
🕚 in 51 minutes
Featured Image: Badminton Association of Malaysia