Membimbing Malaysia menyertai saingan Piala Asia 2027 yang berlangsung di Arab Saudi menjadi tumpuan utama ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon selepas gagal ke Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2026.
Namun begitu, ada satu perkara penting digariskan oleh jurulatih berusia 55 tahun berkenaan untuk dilakukan oleh skuad kebangsaan berjulukan Harimau Malaya sebelum mengharungi sesi kelayakan yang akan berlangsung bermula Mac tahun hadapan.
Perkara tersebut adalah menaikkan ranking dunia – ketika ini Malaysia di tangga ke-138 – ke kedudukan yang membolehkan skuad kebangsaan berada dalam Balang 1 sebelum sesi undian bagi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2027 yang dijangka berlangsung Disember nanti.

“Kita perlu melakukan perancangan untuk Piala Asia, bagi saya, Piala Asia merupakan satu kejohanan yang penting untuk rakyat Malaysia,”
“Jadi, secara konsepnya samada kita mampu layak atau tidak, hanya enam yang akan layak, saya fikir kita mesti berjuang untuk menaikkan ranking (dunia) terlebih dahulu, kemudiannya kita mesti berada dalam Balang 1,”
“Itu merupakan perkara yang amat mustahak, (jika) kita berada dalam Balang 2, sangat berbahaya,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan menentang Chinese Taipei, semalam.
For AFC Asian Cup qualifiers, the draw will be held in December. This is how each pots look like right now. So, the pots are not final and can still change until the draw.
— Footy Rankings (@FootyRankings) June 11, 2024
Pot 1 : 🇸🇾🇹🇭🇹🇯🇻🇳🇱🇧🇮🇳
Pot 2 : 🇲🇾🇹🇲🇵🇭🇦🇫🇾🇪🇭🇰
Pot 3 : 🇸🇬🇲🇻🇹🇼🇲🇲🇳🇵
Pot 4 : 🇧🇹🇧🇩🇱🇦🇵🇰
Pada saat ini, secara tidak rasminya, Malaysia yang menghuni ranking ke-138 dunia diletakkan dalam Balang 2 bersama-sama Filipina (141), Turkmenistan (143), Afghanistan (151), Yaman (156) dan Hong Kong (157).
Bagi meletakkan diri dalam Balang 1, Malaysia perlu mengatasi pasukan yang berada di kedudukan terakhir dalam balang tersebut iaitu India (121) atau kedua terakhir, Lubnan (120).
Untuk makluman semua, masih berbaki tiga jendela perlawanan antarabangsa FIFA yang boleh dimanfaatkan untuk mengatur perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan yang berkualiti tetapi boleh dikalahkan Malaysia bagi menaikkan ranking sebelum berlangsungnya majlis undian itu nanti.
Tiga jendela tersebut adalah 2hb-10hb September, 7hb-15hb Oktober dan 11hb-19hb November.
Piala ASEAN 2024: Harimau Malaya, Gajah Perang Dalam Kumpulan Ahttps://t.co/lICRPMCZZy pic.twitter.com/OORpU5PRNR
— Sukanz. (@sukanzcom) May 21, 2024
Selain itu, Malaysia juga boleh mengambil peluang untuk menambahkan pungutan mata untuk pengiraan ranking dunia menerusi penyertaan dalam saingan Piala ASEAN (dahulunya dikenali sebagai Piala AFF) yang berlangsung dari 23hb November hingga 21hb Disember.
Sebagai rekod, Malaysia pernah mengecapi ranking ke-130 dunia – tertinggi sejak dibimbing oleh Pan-gon – namun ianya mulai menuruu sejak Februari lalu lebih-lebih selepas beraksi di Piala Asia 2023 serta tewas dua perlawanan menentang Oman pada Mac baru-baru ini.
“Dari Disember lalu, semua pertemuan kita menentang pasukan kuat, bagi saya, saya tak ambil kira (kemenangan atau kekalahan) dalam tempoh itu, (bagi saya) kemenangan pada hari ini (semalam) merupakan kemenangan pertama pada tahun ini,”
“Sangat sukar (situasi ini), kita hilang banyak mata FIFA, kita perlu kutip lebih banyak mata FIFA untuk menjadi enam yang terbaik dan masuk dalam Balang 1,” tambahnya lagi.
Pada masa yang sama, Pan-gon turut menegaskan komited untuk meneruskan tugasnya selaku ketua jurulatih Harimau Malaya dan menolak spekulasi perletakan jawatan setelah gagal mara ke Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2026.