Lai Pei Jing dan Lim Chiew Sien yang julung kalinya bergandingan muncul naib juara Terbuka Australia 2024 sekaligus membawa wang tunai berjumlah AS$15,960 atau bersamaan sekitar RM75,219.
Pasangan pemain berusia 31 dan 30 tahun masing-masing terpaksa aku dengan gelaran naib juara di kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 500 berkenaan selepas tumpas di tangan beregu No.2 Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Amallia Cahaya Pratiwi, pada hari ini.
Dalam pertarungan tersebut, Pei Jing-Chiew Sien tewas menerusi tiga set permainan yang berlangsung selama hampir satu jam suku.
Biarpun bermula dengan langkah kanan, memenangi set pertama menerusi skor 21-12, namun, rentak tersebut tidak dapat diulangi pada set berikutnya yang mana mereka tewas 7-21.
SATHIO GROUP Australian Open 2024
— BWFScore (@BWFScore) June 16, 2024
WD – Final
🇮🇩Febriana Dwipuji KUSUMA🏅
12 21 21 🇮🇩Amalia Cahaya PRATIWI🏅
🇲🇾LAI Pei Jing
21 7 13 🇲🇾LIM Chiew Sien
🕚 in 74 minutes
Pada set penentuan pula, gandingan Indonesia yang menghuni ranking ke-18 dunia itu meneruskan rentak kemenangan mereka dengan skor 21-13 sekaligus menjulang kejuaraan pertama dalam saingan Jelajah Dunia BWF.
Kemenangan itu memberikan mereka wang tunai berjumlah AS$33,180 atau bernilai sekitar RM156,377.
Sebagai rekod, gandingan Pei Jing-Chiew Sien yang julung kalinya bergandingan ini mara ke perlawanan akhir dengan menumpaskan Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam (No. 21 dunia), Polina Buhrova-Yenheniia Kantemyr (No.56 dunia), Rutaparna Panda-Swetaparna Panda (No.47 dunia) pada peringkat separuh akhir, suku akhir dan pusingan 16 masing-masing.
Manakala, pada pusingan 32, Pei Jing-Chiew Sien mendapat “bye”.
Sementara itu, dalam ketegori beregu campuran, Pei Jing yang bergandingan bersama Tan Kian Meng berhasil mara sehingga peringkat separuh akhir sebelum dikecewakan oleh beregu China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Featured Image: Sathio Group Australian Badminton Open