Penyiar rasmi EURO 2024 di Malaysia, SPOTV mengumumkan satu tawaran eksklusif buat peminat bola sepak tanah air.
Menerusi satu kenyataan media pada hari ini, SPOTV tampil mengumumkan menawarkan siaran langsung tiga perlawanan peringkat kumpulan EURO 2024 secara percuma.
Tiga perlawanan yang disiarkan secara percuma itu adalah seperti berikut:
- Slovenia vs Serbia – 9 malam, 20hb Jun (Khamis)
- Slovakia vs Ukranie – 9 malam, 21hb Jun (Jumaat)
- Georgia vs Republik Czech – 9 malam, 22hb Jun (Sabtu)
Bagaimanapun, ketiga-tiga perlawanan tersebut hanya boleh diakses dan ditonton secara percuma menerusi aplikasi penstrimannya, SPOTV NOW.
Untuk makluman, SPOTV NOW boleh dimuat turun ke peranti pilihan masing-masing seperti telefon pintar, tablet, Android TV menerusi App Store dan Google Play Store.
Selain itu, perlawanan-perlawanan EURO 2024 itu juga boleh distrim secara langsung menerusi laman sesawang, www.spotvnow.com