Kaohsiung Masters: Justin Kejutkan Pemain No.38 Dunia
June 20, 2024 Hafizuddin Omar

Pemain badminton perseorangan lelaki muda negara, Justin Hoh berhasil melakar kemaraan ke peringkat suku akhir dalam saingan yang disertainya pada minggu ini iaitu Kaohsiung Masters 2024 di Chinese Taipei.

Justin yang berusia 20 tahun melakar kemaraan tersebut dengan mengejutkan pemain tuan rumah yang menghuni ranking ke-38 dunia serta pilihan kelima kejohanan, Chi Yu Je pada pusingan 32.

Lebih mengagumkan, Justin yang berada pada ranking ke-143 dunia menumpaskan Yu Jen secara “straight set” menerusi skor 21-17 dan 21-7 dalam tempoh sekitar setengah jam permainan.

Hasil meraih kemenangan dalam pertarungan yang berlangsung K-Arena tersebut, Justin akan berhadapan pula pemain No.5 Chinese Taipei yang menghuni ranking ke-31 dunia iaitu Lee Chia Hao.

Berdasarkan rekod, Justin pernah bertemu pemain berusia 25 tahun merangkap pilihan keempat kejohanan sebanyak satu kali sebelum ini di kejohanan Antarabangsa Bonn 2022.

Pertembungan itu berakhir dengan Justin melakar kemenangan menerusi tiga set permainan berskor 24-22, 18-21 dan 21-12.

Untuk makluman, Kaohsiung Masters merupakan salah satu siri Jelajah BWF yang bertaraf Super 100. Kemaraan Justin ke peringkat suku akhir telah memberikannya tambahan 3,030 mata.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen