Pemain badminton perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Cheam June Wei terlepas peluang untuk merangkul gelaran juara dalam saingan Kaohsiung Masters 2024 – Jelajah BWF Super 100.
Sebaliknya pemain berusia 27 tahun terbabit terpaksa akur dengan gelaran naib juara susulan tewas dalam perlawanan akhir bertemu pemain tuan rumah, Lee Chia Hao, semalam.
Dalam pertarungan itu, June Wei tewas di tangan pemain yang menghuni ranking ke-31 dunia terbabit secara “straight set” menerusi skor 15-21 dan 12-21 dalam tempoh masa 33 minit permainan.
RESULTS: #KaoshiungMasters2024
— BAM (@BA_Malaysia) June 23, 2024
FINAL#TPE Lee Chia Hao(4) def. #MAS🇲🇾 Cheam June Wei(6) 21-15 21-12
Cheam put up a strong fight but fell short against home favorite, Chia Hao. Keep pushing, bro!💪🏼
📷 @badmintonphoto#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/QYpwkqyPHt
Sebagai rekod, itu merupakan pertembungan keenam melibatkan June Wei dan Chia Hao di pentas antarabangsa.
Hasil menamatkan kempen Kaohsiung Masters selaku naib juara, June Wei meraih hadiah berupa wang tunai sebanyak AS$3,800 atau bersamaan kira-kira RM17,917.
Sementara itu, lawannya yang muncul juara pula menerima wang tunai sebanyak AS$7,500 atau RM35,362.50.
Sebagai tambahan, ini merupakan julung kalinya June Wei menaiki podium selepas kali terakhir berjaya berbuat sedemikian di saingan Indonesia Masters 2022 (Super 100).
Featured Image: Badminton Association of Malaysia