Skuad bola sepak kebangsaan bawah 16 tahun (B-16) berpesta gol ketika turun menentang Timor Leste pada aksi pertama Kumpulan C dalam Kejuaraan B-16 ASEAN, malam tadi.
Perlawanan yang berlangsung di Surakata, Indonesia terbabit menyaksikan anak-anak buah Javier Jorda Ribera menumpaskan Timor Leste dengan jaringan lima gol tanpa balas.
Pemain-pemain yang menyumbang kepada pesta gol tersebut ialah Izzuddin Afif (35’), Fahmi Farizamal (55’), Awal Wafiy (66’, 89’) dan Arrayan Hakeem (78’).
Sementara itu, satu lagi perlawanan melibatkan ahli Kumpulan C iaitu Thailand dan Australia berakhir dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.
Keputusan itu membuatkan Malaysia kini mendahului Kumpulan C diikuti dengan Australia, Thailand dan Timor Leste.
Perlawanan berikutnya, Malaysia akan berhadapan Australia pada Rabu (26hb Jun).
Featured Image: Football Association of Malaysia