Hamidin Mahu Mengadap Sultan Selangor
June 27, 2024 Hafizuddin Omar

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Mohd. Amin akan mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj.

Pertemuan dengan Baginda merangkap Penaung Selangor FC itu akan digunakan oleh Hamidin untuk memberikan penjelasan mengenai hukuman yang dilakukan oleh Malaysian Football League (MFL) ke atas skuad berjulukan Red Giants ekoran tidak hadir ke perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah dan perlawanan pertama Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 10hb Mei lalu.

“Saya maklum dengan dukacita Tuanku Sultan Selangor tentang perkara tersebut, tentang keputusan MFL tu,”

@sukanzcom

Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin Mohd. Amin akan memberikan penjelasan mengenai hukuman yang dibuat oleh MFL kepada Tuanku Sultan Selangor #SukanDiTikTok

♬ original sound – Sukanz – Sukanz

“Saya telah menghubungi pihak Istana Selangor semalam untuk membuat pertemuan untuk mengadap Tuanku Sultan Selangor dan hari ini saya telah susuli dengan warkah surat untuk mengadap kepada Tuanku Sultan Selangor,”

“Insya-Allah, saya akan cuba selesaikan perkara ini untuk berjumpa Tuanku Sultan Selangor untuk memberi penjelasan,” katanya ketika ditemui para pengamal media selepas Majlis Pelancaran Liga Wanita Nasional 2024 di Lalaport, BBCC pada hari ini.

Semalam, Sultan Selangor menerusi satu kenyataan akhbar yang dikongsikan menerusi Selangor Royal Office menzahirkan murka dengan keputusan yang dikeluarkan oleh MFL.

Pada masa yang sama, baginda juga terkejut dan kecewa dengan Hamidin yang pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dari 1995 hingga 2013 langsung tidak serius bersuara akan hal tersebut.

Featured Image: Selangor Royal Office

Komen