Skuad England kendalian Gareth Southgate berhasil mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir selepas melakar kebangkitan ke atas Slovakia pada perlawanan pusingan 16, awal pagi tadi waktu Malaysia.
Terdahulu, skuad berjulukan The Three Lions itu ketinggalan 0-1 pada babak pertama susulan jaringan pembukaan oleh penyerang Slavia Prague yang beraksi dalam Liga Republik Czech, Ivan Schranz pada minit 25’.
Kedudukan 1-1 bersambung ke babak kedua sehinggalah penyerang Bayern Munich, Harry Kane berjaya menanduk masuk bola pada masa kecederaan dan menjadikan kedudukan seimbang 1-1.
Iconic 🤩 pic.twitter.com/xRUAtQHTvo
— England (@England) June 30, 2024
Situasi 1-1 tersebut memaksa pengadil perlawanan dari Turki, Umut Meler untuk mengheret perlawanan tersebut ke masa tambahan sehingga ke minit 120’.
Memasuki babak masa tambahan, England tidak menunggu lama untuk mengesahkan tempat ke peringkat berikutnya apabila pemain Real Madrid, Jude Bellingham menyumbat masuk satu lagi gol pada minit 90+5’ untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Kedudukan tersebut kekal sehingga pengadil meniup wisel menamatkan permainan yang berlangsung di Veltins Arena pada minit 120’.
Sementara itu, Sepanyol yang merupakan juara EURO sebanyak tiga kali mudah mengesahkan tempat ke peringkat berikutnya dengan menumpaskan pasukan yang menghuni ranking ke-74 dunia, Georgia dengan kemenangan besar 4-1.
Skuad bimbingan Luis de la Fuente melakar kemenangan menerusi jaringan oleh Rodri (39’), Fabian Ruiz (51’), Nico Williams (75’) dan Dani Olmo (83’).
Menambahkan kedukaan Georgia, jaringan tunggalnya yang juga gol pembukaan perlawanan turut tidak dilakukan oleh pemainnya sendiri bahkan jaringan sendiri oleh pemain Sepanyol, Robin Le Normand (18’).
Pada peringkat suku akhir kelak, England yang melakar kemaraan yang menantikan cabaran daripada Switzerland yang menyingkirkan juara bertahan iaitu Itali pada pusingan 16 manakala Sepanyol akan berhadapan tuan rumah, Jerman.
😏 Este gol tampoco ha estado mal, ¿no?
— Selección Española Masculina de Fútbol (@SEFutbol) June 30, 2024
Qué espectáculo de jugador eres, @daniolmo7.
🇪🇸 🆚 🇬🇪 | 4-1 | 90+2’#VamosEspaña | #EURO2024 pic.twitter.com/RPZhBzY9OL
Featured Image: Facebook England Football Team