16 Kelab Sertai Liga A2 Musim 2024 – Bermula 19 Julai
July 1, 2024 Hafizuddin Omar

Saingan Liga A2 atau nama komersilnya Piala Al-Ikhsan yang merupakan divisyen ketiga bola sepak tanah air akan disertai sebanyak 16 buah kelab.

Senarai 16 buah kelab tersebut sepertimana disahkan oleh penganjur, Amateur Football League (AFL) adalah seperti berikut: 

  1. Jakim FC
  2. MPPD FC
  3. Mahsa United FC
  4. WTS FC
  5. AAK Ultimate FC
  6. Guar Syed Alwi FC 
  7. Pencintasetia FC 
  8. Kuala Muda FA 
  9. KGKU FC 
  10. NBK Empire FC 
  11. Gombak City FC 
  12. SJ Virtuosos FC 
  13. SAMB FC 
  14. Real Mambau FC 
  15. BR United 
  16. Semantan Troopers FC
View this post on Instagram

A post shared by Amateur Football League (@afl_my)

Kesemua 16 buah kelab ini akan dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah/Selatan dan Zon Pantai Timur.

Bagaimanapun, pembahagian zon akan diumumkan semasa taklimat yang akan diadakan pada 6 Julai kelak.

Menerusi satu siaran media, penganjur memaklumkan penyertaan kelab-kelab dari Zon Borneo dibubarkan sementara disebabkan jumlah pasukan yang tidak mencukupi untuk pertandingan dimainkan.

Selain itu, pertembungan dengan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 serta kekangan stadium (venue) juga menjadi faktor Zon Borneo ditangguhkan seketika.

Saingan Liga A2 (dahulunya dikenali sebagai Liga M4) musim ini akan bermula dari 19hb Julai dan dijangka tamat pada Disember 2024. 

Pada musim lalu, saingan ini diserikan dengan penyertaan 15 buah kelab dan UiTM United dinobatkan selaku juara selepas berjaya menewaskan YPM FC 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam.

Komen