Sri Pahang Lepaskan Pemain Import, Dapat Tawaran Kelab Liga Uzbekistan
July 12, 2024 Hafizuddin Omar

Kelab yang berpangkalan di pantai timur semenanjung, Sri Pahang FC kehilangan seorang pemain tengah importnya iaitu Ruziev Kuvondik – dua hari sebelum bertemu Negeri Sembilan FC untuk aksi kelima Liga Super 2024-25.

Ianya berikutan pemain tengah berusia 29 tahun tersebut mendapat tawaran untuk beraksi bersama sebuah kelab dalam saingan liga negara kelahirannya, Liga Uzbekistan iaitu Neftchi Fergana.

“Menghormati keputusan tersebut, kelab bersetuju melepaskan beliau dan mengucapkan selamat maju jaya bersama pasukan baru.” tulis kenyataan rasmi oleh pihak kelab berjulukan Tok Gajah itu semalam.

View this post on Instagram

A post shared by SRI PAHANG FC (@officialsripahang)

Sebagai rekod, Ruziev mula menyertai Sri Pahang pada jendela perpindahan pertengahan musim pada tahun lalu.

Sejak menyarung jersi kuning biru tersebut, Ruziev telah merekodkan 18 penampilan selain menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan gol.

Ketiadaan Ruziev skuad bimbingan Fandi Ahmad mempunyai baki lima pemain import iaitu Kpah Sherman (Liberia), Stefano Brundo (Argentina), Aleksandar Cvetkovic (Serbia), Manuel Hidalgo (Argentina) dan Mykola Ahapov (Ukraine).

Sekiranya Sri Pahang mahu mencari pengganti kepada Ruziev, kelab yang menghuni tangga ketujuh Liga Super itu perlu menunggu pembukaan jendela perpindahan pertengahan musim bermula22hb Ogos hingga 22hb September.

Featured Image: Sri Pahang FC

Komen