Perseorangan badminton lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia dilihat tidak berhadapan dengan cabaran yang sukar pada peringkat kumpulan di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Zii Jia yang diletakkan selaku pilihan ketujuh pada penampilan keduanya di temasya yang berlangsung setiap empat tahun itu diundi bertemu pemain No.1 Sepanyol dan Sri Lanka dalam Kumpulan G.
Dua pemain tersebut ialah Pablo Abian dan Viren Nettasinghe yang menghuni ranking ke-63 dan ke-72 dunia masing-masing.

Lawan Zii Jia pada peringkat kumpulan itu disahkan selepas satu majlis undian bagi pertandingan badminton di Sukan Olimpik 2024 berlangsung di ibu pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini.
Sementara itu, pemenang pingat emas Sukan Olimpik edisi lalu, Viktor Axelsen yang kini menghuni ranking kedua dunia diundi dalam Kumpulan P bersama-sama Nhat Nguyen (43, Ireland), Misha Zilberman (59, Israel) dan Prince Dahal (172, Bhutan).
Manakala pemain No.1 dunia pada saat ini, Shi Yu Qi dari China pula diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama Giovanni Toti (80, Itali) dan Soren Opti (273, Suriname).
Keputusan penuh undian bagi kategori perseorangan lelaki adalah seperti tangkap layar grafik di bawah:

Pertandingan badminton di Sukan Olimpik 2024 akan membuka tirainya pada 27hb Julai bertempat di Porte de la Chapelle Arena.
Featured Image: Facebook Victor