Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membiarkan kekosongan kerusi ketua jurulatih skuad kebangsaan berlanjutan bagi tempoh yang lama.
FAM tampil mengumumkan perlantikan baharu sejurus sahaja Kim Pan-gon mengumumkan perletakan jawatan selalu ketua jurulatih skuad kebangsaan secara mengejut pada hari ini.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi mengumumkan penolong ketua jurulatih pada ketika ini, Pau Marti dinaikkan pangkat menjadi pemangku ketua jurulatih Harimau Malaya bermula saat ini.

Sementara itu, jurulatih tempatan yang pernah mengemudi skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) pula diangkat menjadi penolong ketua jurulatih.
Pada masa yang sama, Yusoff turut memgesahkan staf-staf kejurulatihan yang lain seperti Park Bobae (penolong jurulatih), Cho Junho (jurulatih penjaga gol), Jihyeon Park (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (jurulatih analisis prestasi) kekal bersama skuad kebangsaan untuk membantu Pau Marti.
Tugasan pertama Pau Marti bersama skuad kebangsaan pastinya menghadapi saingan Pesta Bola Merdeka 2024 yang akan disertai Tajikistan, Lubnan dan Filipina pada September nanti.
Featured Image: Football Association of Malaysia