Juara Liga Wanita Nasional (LWN), Sabah FA perlu berhadapan kelab dari Uzbekistan dan Nepal terlebih dahulu sebelum dapat mengesahkan tempat ke peringkat kumpulan saingan sulung Liga Juara-Juara AFC Wanita (AWCL).
Berdasarkan keputusan undian yang berlangsung di AFC House, Bukit Jalil pada hari ini, Sabah bimbingan Justin Ganai diundi bersama-sama PFC Nasaf dan APF FC masing-masing dalam Kumpulan C.
PFC Nasaf merupakan juara Liga Uzbekistan 2023 dan itu merupakan kejuaran kelima mereka dalam saingan tersebut.
Sementara itu, APF FC pula hadir selaku juara Liga Nepal 2023 dengan rekod tanpa kalah selama tiga musim berturut-turut.

Satu kelebihan diperoleh Sabah FA adalah mereka dapat beraksi dengan kehadiran peminat dan penyokong di tanah air memandangkan Malaysia telah dipilih salah satu hos bagi peringkat kelayakan oleh penganjur.
Untuk makluman semua, saingan peringkat kelayakan ini akan berlangsung dari 25hb hingga 31hb Ogos.
Sekiranya menang saingan peringkat kelayakan, Sabah akan menyertai Kumpulan A bersama-sama Wuhan Jiangda Women’s FC dan Hyundai Steel Red Angles Women’s FC serta juara peringkat kelayakan dari Kumpulan A.
Sementara itu, peringkat kumpulan berlangsung bermula dari 6hb-12hb Oktober.
Disamping itu, Sabah juga akan mendapat habuan bernilai AS$100,000 atau bersamaan hampir RM500,000 oleh penganjur.

Featured Image: AFC Women’s Football