Ranking FIFA: Harimau Malaya Naik 1 Anak Tangga
July 18, 2024 โ€ข Hafizuddin Omar

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melakukan kemaskini terbaru terhadap Ranking Dunia selepas berakhirnya saingan Kejohanan Eropah UEFA (EURO), Copa America dan Piala Negara-Negara OFC.

Kemaskini itu menyaksikan Malaysia berjulukan Harimau Malaya merekodkan satu anak tangga biarpun tidak turun beraksi dalam mana-mana perlawanan antarbangsa selepas kemaskini pada 20 Jun lalu.

Hasilnya, Malaysia yang kini dipimpin oleh Pau Marti Vicente menggantikan Kim Pan-gon yang meletakkan jawatan berada pada kedudukan ke-134 dunia.

View this post on Instagram

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Tinjauan terhadap negara-negara rantau anggota ASEAN yang lain pula turut menunjukkan beberapa peningkatan dan penurunan yang kecil.

Thailand kekal selaku pasukan No.1 ASEAN namun terkeluar daripada kelompok 100 pasukan terbaik dunia apabila merekodkan penurunan satu anak tangga menjadikannya berada pada ranking ke-101 dunia.

Ianya diikuti oleh Vietnam di tempat kedua yang meningkat satu anak tangga dan menghuni ranking ke-115 dunia.

Sementara itu, Indonesia yang layak ke Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2026 juga turut mencatatkan kenaikan satu anak tangga untuk menduduki tangga ke-133 dunia.

Senarai itu diikuti oleh Filipina (147), Singapura (161), Myanmar (166), Kemboja (180), Laos (188) dan Brunei (190).

Sebagai tambahan, kemaskini Ranking Dunia yang berikutnya akan dilakukan FIFA pada 19 September 2024.

Featured Image: Malaysia Airlines

Komen