Skuad berpangkalan di ibu kota, Kuala Lumpur City FC (KL City) mendapat suntikan tambahan apabila dua tonggaknya kembali cergas untuk menghadapi Sri Pahang FC (Sri Pahang) pada aksi keenam Liga Super 2024-25.
Dua tonggak yang dimaksudkan itu adalah bek kanan, Kamal Azizi atau turut dikenali sebagai Ayoh dan pemain tengah berdarah campuran, Brendan Gan.
Ayoh kembali menyertai sesi latihan bersama pasukan pada minggu ini selepas berehat panjang sejak sekitar pertengahan Mei lalu ekoran mengalami kecederaan di pergelangan tangan.
Manakala Brendan pula mengalami kecederaan yang membuatkannya terlepas perlawanan menentang bekas pasukannya, Selangor FC pada aksi derbi yang berlangsung pada Ahad lalu.

“Persiapan kami semakin baik dengan beberapa pemain yang sebelum ini mengalami kecederaan telah kembali ke sesi latihan dan itu merupakan perkembangan yang positif.
“Walaupun ada yang tidak lagi cergas 100 peratus tetapi setidaknya mereka sudah bersama kita dalam latihan termasuklah Brendan Gan dan juga Kamal Azizi yang telah kembali.”
Menteri WP Bagitahu Mantan Menteri: DBKL Tak Wajib Salur Peruntukan Kepada KLFA Atau KL City FC
“Sekarang saya beritahu kepada pemain bahawa tempoh hari kita sudah buktikan kepada semua yang kita boleh bermain dengan baik apabila menang dengan Selangor dan saya rasa jika kita boleh kekalkan momentum ini, keputusan yang positif akan dapat diraih lagi,” kata ketua jurultih KL City, Miroslav Kuljanac.
KL City akan turun menentang Sri Pahang kendalian Fandi Ahmad di lamannya sendiri, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu nanti dengan sepak mula jam 9 malam.
Featured Image: Kuala Lumpur City