Olimpik 2024: Aaron-Wooi Yik, Wei Keng-Chang Sah Ke Suku Akhir
July 28, 2024 Hafizuddin Omar

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik edisi lalu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024.

Pengesahan itu hadir selepas Aaron-Wooi Yik melakar kemenangan mudah ke atas beregu Kanada, Adam Dong dan Nyl Yakura pada aksi kedua peringkat Kumpulan A, pada hari ini.

Aaron-Wooi Yik yang kini menghuni ranking keempat dunia melakar kemenangan tersebut secara “straight set” menerusi skor 21-10 dan 21-15 dalam tempoh masa 38 minit.

Pada masa yang, beregu China, Liang Wei Keng dan Wang Chang pula turut sama berhasil melakar kemenangan ke atas wakil Great Britain, Ben Lane dan Sean Vendy pada perlawanan kedua Kumpulan A, sebentar tadi.

Kemenangan daripada Aaron-Wooi Yik dan Wei Keng-Chang menjadikan kedua-dua pasangan ini menghuni tangga dua teratas Kumpulan A dengan dua mata masing-masing.

Manakala gandingan Ben-Sean dan Adam-Yakura disahkan tersingkir ekoran gagal mengutip sebarang mata daripada dua perlawanan awal peringkat kumpulan.

Untuk perlawanan terakhir, Aaron-Wooi Yik akan bertemu Wei Keng-Chang pada Selasa (30hb Julai) bagi menentukan juara serta naib juara bagi Kumpulan A.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen