Newcastle United Lancar Jersi Ketiga – Guna Lencana Era 1980-an
July 31, 2024 Hafizuddin Omar

Kelab bola sepak yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat Arab Saudi, Public Investment Fund (IPF) iaitu Newcastle United tampil melancarkan jersi ketiganya untuk digayakan pada musim 2024-25.

Menariknya, jersi yang dikeluarkan oleh Adidas itu menampilkan logo atau lencana yang cukup unik dan ikonik dalam sejarah Newcastle United – digunakan dari tahun 1983 hingga 1988.

Logo tersebut terdiri daripada abjad “N”, “U”, “F” dan “C” yang mengadap ke bawah sambil dihiasi seekor burung murai atau “magpie” sebagaimana salah satu nama julukan bagi Newcastle United.

Sementara itu, jersi ketiga yang dilancarkan itu pula diberikan nama “Mint” dimana ianya hadir dalam warna putih sambil dipadankan dengan warna hijau pudina pada lengannya serta sedikit panel berwarna hitam

Bahagian hadapan jersinya pula kekal dihiasi logo Sela – sebuah syarikat pengkhususan dalam dalam industri sukan, hiburan, budaya, rekreasi dan hospitaliti berpangkalan di Arab Saudi.

Di lengan kirinya pula memaparkan logo Noon – sebuah syarikat platform digital yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan servis di rantau timur tengah.

Beralih ke bahagian belakang, seekor burung murai berwarna hitam dan hijuan pudina dilekatkan pada bahagian bawah kolar.

Berdasarkan laman sesawang rasminya, jersi ini hadir dalam dua variasi iaitu “fans” dan “authentic” dimana ianya diletakkan tanda harga RM530 dan RM725 masing. 

Featured Image: Newcastle United

Komen