Olimpik 2024: Azeem Berjaya Ke Pusingan 1 – Catat Masa 10.42s
August 3, 2024 Hafizuddin Omar

Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi berjaya mengesahkan tempat ke pusingan 1 bagi acara pecut 100 meter (m) lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pelumba kelahiran Teluk Intan, Perak itu melepasi peringkat berkenaan selepas menamatkan perlumbaan peringkat kelayakan bagi Heat 1 di tempat kedua dengan catatan masa 10.42 saat (s).

Azeem, 20 tahun, menamatkan perlumbaan itu sambil diekori rapat oleh pelumba dari Singapura, Marc Brian Louis, 21 tahun, dengan catatan masa 10.43s.

Sementara itu, tempat pertama bagi Heat 1 dimenangi oleh pelumba Gambia yang berusia 27 tahun yang melintasi garisan penamat dengan catatan masa 10.29s.

Untuk makluman semua, hanya dua pelumba terbaik daripada setiap Heat serta empat pelumba seterusnya yang mencatatkan masa terpantas merentasi kesemua Heat dapat melayakkan diri ke Pusingan 1.

Perlumbaan pusingan 1 dijadualkan berlangsung bermula pukul 5.55 petang (waktu Malaysia) sebentar lagi.

Komen