Perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa aku tidak dapat mengalungkan dirinya dengan pingat emas Sukan Olimpik yang berlangsung di Paris pada tahun ini.
Ini gara-gara pemain berusia 26 tahun tersebut tewas aksi separuh akhir di tangan pemain Thailand yang menghuni ranking kelapan dunia, Kunlavut Vitidsarn, sebentar tadi.
Pertarungan yang berlangsung di Arena Porte de La Chapelle menyaksikan Vitidsarn merangkap juara Kejohanan Dunia BWF 2023 berjaya menumpaskan Zii Jia secara “straight set” menerusi skor 14-21 dan 15-21 dalam tempoh 50 minit.
Keputusan itu sekaligus mengesahkan tempat di perlawanan akhir buat Kunlavut serta menempa sejarah sebagai pemain perseorangan Thaialnd yang pertama mara ke perebutan pingat emas bagi Sukan Olimpik.
Pada masa yang sama, kekalahan ini turut menjadikan Kunlavut kini mendahului rekod pertemuan ke atas Zii Jia dengan lima kemenangan daripada sembilan pertembungan di kejohanan antarabangsa.

Sementara itu, ini bukanlah satu pengakhiran buat Zii Jia di temasya Olimpik.
Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah ini mempunyai baki satu lagi perlawanan iaitu merebut pingat gangsa.
Lawannya akan diketahui selepas selesainya aksi melibatkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Viktor Axelsen dan pemain India yang menghuni ranking ke-22 dunia, Lakshya Sen.
Featured Image: Olympic Council of Malaysia