Olimpik 2024: Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama Buat Malaysia
Hafiz Omar
Kontinjen Malaysia berhasil menjelmakan pingat pertama selepas sembilan hari berlangsungnya Sukan Olimpik Paris 2024.
Kilauan pingat gangsa hadir itu menerusi beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang berjaya menumpaskan beregu Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen pada hari ini.
Aksi yang berlangsung di Stade de France itu dimenangi oleh Aaron-Wooi Yik menerusi skor 16-21, 22-20 dan 21-19 dalam tempoh masa perlawanan lebih satu jam lamanya.
Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan kelapan Aaron-Wooi Yik daripada 12 pertemuan ke atas Kim-Anders di pelbagai kejohanan antarabangsa.
Kemenangan itu bukan sahaja membutirkan pingat pertama buat Kontinjen Malaysia tetapi turut memberikan pingat gangsa kedua buat Aaron-Wooi Yik selepas memenanginya pada edisi lalu di Tokyo.
Pada edisi lalu, Aaron-Wooi Yik merangkul kilauan pingat itu dengan mencatatkan kemenangan ke atas beregu veteran handalan Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia